Wednesday, November 04, 2009
guru brkualiti teras kecemerlangan pendidikan...
Guru yang bersemangat akan melahirkan satu aura yang dapat dirasai oleh penuntut. Kita bukan hanya mengajar mereka semata-mata untuk menjadi pandai, lebih dari itu unsur kemanusian dan kemenjadian mereka ke arah modal insan yang sempurna. Memang berat tugas yang dipikul ini, namun inilah padang kita. Jika kita berlari akan tersungkur, namun bangkit dan mula aturkan langkah baru.Jika itu berlaku, jangan salahkan padang sahaja tetapi mungkin ada kesilapan ketika aturan langkah tadi. Cuba lihat ke dalam diri, pasti nampak kekuatan diri mengatasi kelemahan. Bidang yang kita ceburi ini memerlukan jiwa yang kental. Jiwa yang tidak akan mengalah dan lemah kepada teguran sinis. Jika kita hampir terlena, sedarkan diri dengan pemikiran bahawa ada jiwa yang perlu diisi dengan ilmu dan sentuhan kemuliaan. Jadilah guru yang di ibaratkan pembina ukiran ais, penuh perhatian dan kesabaran. Gunakan segala kemahiran bukan dengan kekasaran yang boleh meruntuhkan jiwa anak-anak kita. Selamat Hari Guru 2009 kepada semua guru. Jadilah Guru Terhebat !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment